Wednesday, March 6, 2019

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu 
tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA 
kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita lakukan 
nikmatNYA itu tidak pernah putus buat hambaNYA yang di kasihi .

Pernah tak sampai 1 saat korang rasa seperti jatuh di timpa tangga , 

sedih yang sukar untuk di ungkapkan , 
derita yang tak mampu untuk di singkap dan juga 
hati yang resah gelisah memikirkan semua yang hadir ? 
Mesti pernah kan . Apa yang kita nak kadang Allah tak izinkan untuk kita miliki . 
Kadang orang nampak kita bahagia , orang nampak kita seperti punya segalanya , 
tersenyum sentiasa tapi tak siapa tahu 
di balik semua itu tersimpan 1001 rasa yang sangat sukar di luahkan . 
Pengorbanan yang terpaksa di lakukan di balik semua itu 
hanya diri dan Allah sahaja yang tahu . 
Manusia hanya nampak luaran namun diri dan Allah tahu lebih dari itu . 
Kadang sampai habis airmata untuk di alirkan 
hingga yang tinggal hanyalah sedikit kekuatan 
yang cuba untuk di pegang erat hingga ke akhirnya . 
Tapi semua itu bukanlah pengakhirnya , 
kerana Allah amat menyayangi hambaNYA 
sehingga DIA menghadirkan asbab untuk menggembirakan 
dan memujuk hati hamba yang sedang berduka . Alhamdulillah .

Sepertimana saya terjumpa ayat pemujuk hati 

yang tersirat 1001 makna redha dan terima : .
" Jangan stress-stress , In Shaa Allah Allah akan kabulkan hajat kita , 

cuma masa sahaja kita tak tahu lagi , 
namun percayalah Allah sentiasa bersama . 
Lakukan usaha terbaik untuk hidup , yang lain serahkan untuk Allah " . 
Cantik dan cukup tersusun ayatnya . 
Jazakallah @daifuadmokhtar . Alhamdulillah .

Yakin pada Allah , 

selepas hujan akan hadirnya pelangi yang sungguh indah . 
Allah adalah sebaik-baik perancang . Semuanya teratur dalam genggamannya .

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...