Wednesday, March 6, 2019

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu 
tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA 
kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita lakukan 
nikmatNYA itu tidak pernah putus buat hambaNYA yang di kasihi .

Pernah tak sampai 1 saat korang rasa seperti jatuh di timpa tangga , 

sedih yang sukar untuk di ungkapkan , 
derita yang tak mampu untuk di singkap dan juga 
hati yang resah gelisah memikirkan semua yang hadir ? 
Mesti pernah kan . Apa yang kita nak kadang Allah tak izinkan untuk kita miliki . 
Kadang orang nampak kita bahagia , orang nampak kita seperti punya segalanya , 
tersenyum sentiasa tapi tak siapa tahu 
di balik semua itu tersimpan 1001 rasa yang sangat sukar di luahkan . 
Pengorbanan yang terpaksa di lakukan di balik semua itu 
hanya diri dan Allah sahaja yang tahu . 
Manusia hanya nampak luaran namun diri dan Allah tahu lebih dari itu . 
Kadang sampai habis airmata untuk di alirkan 
hingga yang tinggal hanyalah sedikit kekuatan 
yang cuba untuk di pegang erat hingga ke akhirnya . 
Tapi semua itu bukanlah pengakhirnya , 
kerana Allah amat menyayangi hambaNYA 
sehingga DIA menghadirkan asbab untuk menggembirakan 
dan memujuk hati hamba yang sedang berduka . Alhamdulillah .

Sepertimana saya terjumpa ayat pemujuk hati 

yang tersirat 1001 makna redha dan terima : .
" Jangan stress-stress , In Shaa Allah Allah akan kabulkan hajat kita , 

cuma masa sahaja kita tak tahu lagi , 
namun percayalah Allah sentiasa bersama . 
Lakukan usaha terbaik untuk hidup , yang lain serahkan untuk Allah " . 
Cantik dan cukup tersusun ayatnya . 
Jazakallah @daifuadmokhtar . Alhamdulillah .

Yakin pada Allah , 

selepas hujan akan hadirnya pelangi yang sungguh indah . 
Allah adalah sebaik-baik perancang . Semuanya teratur dalam genggamannya .

Tuesday, March 5, 2019

ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK

 Kadang-kadang 
 bila kita tak dapat apa yang kita mahukan,
 itu tandanya 
 Allah nak bagi kita sesuatu yang lebih baik 
 daripada apa yang kita nak.
 Jangan sedih, 
 Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. 😊

Sunday, January 6, 2019

KesuLitan, Kepahitan 
tak semua Org terpiLih utk Merasinya . 

Redup Wajah Bahagia, Gembira, terseLit Kedukaan , 
Juga tak siapa ketahui Lagi Fahami, DiUji dan terus Diuji ..

Ada ketika Tabah, Ada saat Terduduk Lemah jua.. 


Namun tak pernah Berharap Ihsan dari Manusia Lain..

Hanya Berharap Penghujung nanti ada HIKMAH utk SegaLanya.. 


Aku Menanti PeLangi di SebaLik "Air Hujan Ini" …

Friday, January 4, 2019

ERTI BERSYUKUR

Erti bersyukur ni Luas sebenarnya ~
Jadi, Kita bersyukur saja dengan siapa yang ada disekeLiLing Kita,
Apa yang kita ada sekarang dan apa yang kita sudah LaLui.
Nak dapat apa yang kita belum dapat, BerusahaLah ~
In Shaa ALLah cepat atau lambat akan jadi miLik kita.
Tapi jika di tentukan tiada rezeki kita pOn,
Syukur tetap kena Syukur juga ~
Mungkin percaturan yang Lebeh baik ALLah dah susun Cantik Cantik untuk kita kan ~ 

Thursday, January 3, 2019

KATA KATA MERUPAKAN SATU DOA

Tips mudah kalau kita tak suka seseorang tu atau kita nak elakkan suasana negatif mungkin kita boleh block dia , unfollow atau jauhkan diri dari dia daripada kita sentiasa berkata buruk tentang dirinya .
.

Selain membuang masa ia juga bukanlah perkara yang berfaedah dan baik untuk kita . Tapi jangan lupa pesan pada diri apa-apa pun semuanya bermula dengan diri kita sendiri . Nak orang suka kita , bahagia, gembira berkenalan dengan kita , kita terlebih dahulu kena belajar hormatkan orang lain , bahagiakan orang lain dan cuba sebarkan suasana yang positif .
.

Dan jangan lupa juga " Kata-kata merupakan satu doa " maka berkatalah sesuatu yang baik agar sentiasa beroleh kebaikan . Doakan juga orang lain dengan doa yang baik kerana salah satu asbab kejayaan kita pada hari ini adalah kerana doa orang lain yang tersembunyi dari pengetahuan kita sendiri .
.

Always remember " What you give you get back " . Buat baik di balas baik , begitu juga sebaliknya . .

Wallahu A'lam .


#doakansaya
#doayangbaikbaik 
#tulisyangbaikbaik 
#fikiryangbaikbaik #cakapyangbaikbaik#perkongsianbersama #peringatanbuatdiri#muhasabahdiri #dakwahitucinta #notahati

Wednesday, January 2, 2019

NAWAITU

 Assalamualaikum. 😍😍
 Apa pun yang kita lakukan, 
 pastikan niat kita ikhlas untuk kebaikan.
 Kerana.... Apa pun yang lakukan dengan niat baik,
 in sya Allah akan membuahkan hasil yang baik... 
 Selamat pagi.🌷🌷
 #TenangTenangSaja

Tuesday, January 1, 2019

01 JAN 2019

 Page 1 | 365


 Ahlan Wa Sahlan 2019 . Semoga tahun ini hubungan kita dengan Allah lebih baik dari  sebelumnya .


 Fokuskan pada perjalanan kita bukan pada destinasinya . Semoga semuanya mampu kita  lalui dengan  baik .


 Wallahu A'lam . 

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...