Thursday, January 3, 2019

KATA KATA MERUPAKAN SATU DOA

Tips mudah kalau kita tak suka seseorang tu atau kita nak elakkan suasana negatif mungkin kita boleh block dia , unfollow atau jauhkan diri dari dia daripada kita sentiasa berkata buruk tentang dirinya .
.

Selain membuang masa ia juga bukanlah perkara yang berfaedah dan baik untuk kita . Tapi jangan lupa pesan pada diri apa-apa pun semuanya bermula dengan diri kita sendiri . Nak orang suka kita , bahagia, gembira berkenalan dengan kita , kita terlebih dahulu kena belajar hormatkan orang lain , bahagiakan orang lain dan cuba sebarkan suasana yang positif .
.

Dan jangan lupa juga " Kata-kata merupakan satu doa " maka berkatalah sesuatu yang baik agar sentiasa beroleh kebaikan . Doakan juga orang lain dengan doa yang baik kerana salah satu asbab kejayaan kita pada hari ini adalah kerana doa orang lain yang tersembunyi dari pengetahuan kita sendiri .
.

Always remember " What you give you get back " . Buat baik di balas baik , begitu juga sebaliknya . .

Wallahu A'lam .


#doakansaya
#doayangbaikbaik 
#tulisyangbaikbaik 
#fikiryangbaikbaik #cakapyangbaikbaik#perkongsianbersama #peringatanbuatdiri#muhasabahdiri #dakwahitucinta #notahati

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...