Friday, November 30, 2018

EGO

Bila hidup tak pernah nak bersyukur, kita takkan pernah mengenal erti cukup.

Kadang, kita dah dapat lebih daripada apa yang kita perlukan. Tetapi bila terlalu selesa, maka datanglah si syaitan celaka ajak buat dosa.

Hargai.
Syukuri.

Apa yang kita ada sekarang, Allah boleh tarik bila-bila masa. Termasuk nyawa kita.

Jangan jadikan hari kematiannya itu merupakan hari pertama kita menghargai seseorang.

Ego?
Sampai bila?

Manusia yang ego,
Takkan pernah bahagia.

Sudah-sudahlah ketuk bahu orang tegur dosa,
Sedang kita buat hal yang sama.
Cermin, jadikan ia kawan setia.
Agar tak lupa,
Diri sendiri juga punya dosa.

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...