Monday, November 19, 2018

HATI, BENTUKNYA CANTIK

Bismillah.

Hidup ini penuh dengan warna warni .
Selagi di izinkan,
nikmatilah ia dengan penuh kesyukuran
dan kebahagia tak kira apa pun yang mendatang. .

Hati , bentuknya cantik .
Allah cipta dengan penuh kebaikan .
Pelbagai rasa di campurkan untuk menzahirkan sikap seseorang manusia itu.
Namun paling utama hati itu biasanya di kaitkan dengan perasaan .
.

Satu nak pesan ,
kalau tak da rasa nak tinggal kat tempat sempit tu
jangan pandai-pandai ketuk pintu suruh orang buka.
Hati bukan persinggahan tapi untuk di jadikan tempat tinggal.
Kalau tak serius baik jangan cuba. .

Kalau serius,
tanamkan keberanian dalam diri untuk zahirkan niat yang terpendam.
In shaa Allah perkara baik Allah akan bantu .
Percaya dan yakin .
Takdir boleh di ubah dengan doa dan usaha yang bersungguh .
.

Wallahu A'lam.
#doayangbaikbaik #buatyangbaikbaik #Cakapyangbaikbaik #tulisyangbaikbaik #fikiryangbaikbaik

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...