Friday, November 9, 2018

UJIAN DARI ALLAH SWT

Kesedihan yang kita rasa ini adalah ujian dari Allah.
.
kesedihan ini adalah cara-Nya untuk mengembalikan kita kepada jiwa fitrah, jiwa hamba.
Mungkin ada ketikanya kita lalai dari mengingati DIA, dan lupa untuk beristighfar dan bertaubat. Lalu DIA turunkan ujian.
.
Tapi ujian tu bukan kerana DIA benci. DIA mahu kita kembali pada DIA, sebab DIA masih sayang kita.
.
Semua perkara yang berlaku, sudah Allah tuliskan di langit. Dan kenapa Allah nyatakan dalam kitab-Nya begitu?.
.
Sebab Allah tak mahu kita berdukacita atas apa-apa perkara yang terlepas atau telah berlalu.
.
Allah nak kita tahu, takdir milik DIA.
Dan kita punya masa untuk berbuat sesuatu, selagi ada nafas.
.
Semuanya Allah jadikan bersebab.
Walau kita tak tahu apa hikmahnya, kita kena sabar. Pastikan akan nampak hikmahnya.
.
Ujian ini juga peringatan, agar di masa hadapan, kita tak terlalu yakin dengan yang belum pasti.
.
Kita merancang, DIA menentukan.
.
Moga kita akan lebih mengenal Tuhan, mengenal diri sendiri dan mengenal makna cinta melalui tiap ujian yang dikirim-Nya.

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...