Wednesday, November 7, 2018

PUISI RINDU

Hilang bukan satu-satunya perkataan yang mendefinisikan rindu,
Begitu juga jauh.

Tapi ya, 
Kata jarak itu berkait rapat dengan rindu.

Definisinya?
Bila hati dah tak menentu,
Kau terfikirkan dia tak kira waktu.

Jadi biasa, bila kau rindukan Pencipta.
Perkara biasa, bilamana kau rindukan Nabi Muhammad, idola.
Dan jadi dosa, bilamana kau rindukan, terlalu merindukan manusia yang di atas kepalanya tertera kata ajnabi kepada kau.

Manusia tak sedar,
Fikirnya biasa.

Sungguh,
Rindu itu tersimpannya kuasa.
Buat manusia normal jadi gila,
Jadikan manusia biasa tergila-gila.

Jadi apa fungsinya?

Kadang tak terfikir, 
Ubah pemikiran kolot.

Rindukanlah detik-detik bersama Pencipta.
Saat hanya kau dengan dia,
Dalam satu pertiga malam berdua,
Saat tiada dinding malu kau meluahkan rasa,
Saat kau sedar hanya dia tempat meminta, hanya dia tempat berpaut selamanya.

Sungguh,
Kadang sebab ego manusia mati.
Bukan mati nyawa, tapi mati rasa.

Harap bukan kau.

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...