Thursday, November 8, 2018

PUISI TAKDIR

Misteri,
Tak dapat ditanya pada hati.
Tak dapat diteka dengan akal,
Langsung tak mampu dilihat dengan mata.

Kadang redha dengan takdir meski sakit,
Kadang memberontak.

Bila takdirnya sakit,
Kadang tak tertahan,
Lalu aku menyoal Tuhan, "Kenapa mesti aku?" Jawab Tuhan dalam surat cintanya, "Kerna kau mampu." Terdiam tertunduk malu,
Hanya redha jalan ketika itu.

Sungguh,
Takdir Tuhan itu misteri.

Yang pasti,
Ianya bukan membebankan,
Malah kadang memberi keinsafan,
Buat kau berfikir sebelum mula berjalan.

Takdir,
Bukan skrip novel yang direka penulis, 
Namun cerita fakta yang ditulis Tuhan.

Kita?
Watak utama.

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...