Sunday, November 11, 2018

TENANG


Allah sebenarnya nak suruh kita reflect diri kita.
Check amalan kita, perbuatan kita.
Muhasabah diri.
Semoga Kita dapat perbaiki diri hari ke hari.
.
Speaker : @byalifteega
.
Ilmu Tambahan :

1) Kalau kita nak rasa mudah dalam ujian yang Allah bagi, kita tengok ujian orang lain yang lagi hebat. Kesusahan orang lain yang lebih berat. Bila kita tengok kita akan slowly terima dan syukur.
.
2) Bantu orang, kalau kita tengok kawan kita yang dalam kesusahan. Kita tolong dia. InsyaAllah kata Nabi s.a.w “barangsiapa yang melepaskan seorang muslim dari kesulitan, Allah mudahkan urusan dia, dan melepaskan dia dari kesulitan di hari qiyamah..” jom kita bantu orang lain.
.
3) Muhasabah diri kita. Kerana setiap ujian tu Allah nak lihat bagaimana kita respon. Adakah kita perbaiki diri atau kita menyalahi takdir Allah. Allah sebenarnya rindu dengan rintihan, tangisan hamba dia. Maka Itu Allah uji kita supaya kita kembali pada Allah. Cuba kita diuji mesti kita akan automatik ingat balik pada Allah. Itu lah dia hikmahnya.
.
Semoga bermanfaat ya semua. Jom kongsikan pada yang lain. Moga kita gunakan medium socmed sebagai platform berdakwah. Ajak manusia kearah kebaikan.

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...