Alhamdulillah untuk segala nikmat yang telah diberikan selama hayat masih dikandung badan.
Kadang kita lupa hidup kita Allah yang aturkan . Perjalanannya cukup teratur dan cantik . Sehinggakan sebenarnya tiada satu pon yang boleh kita sangkalkan . Turun naik , jatuh bangun semuanya sudah tertulis . Cumanya setiap dari kita punya kisah hidup yang tersendiri .
Ada yang kita boleh lihat deritanya dia , ada yang disorokkan bahagianya kerana tidak mahu ada yang berduka , ada yang kelihatan kuat diluar namun peritnya didalam hati hanya Allah yang tahu . Namun kerana sikap syukur dan sabar menguasai diri semua itu tersimoan kemas didalam menyusuri perjalanan hidup .
Sedar setiap satu yang dimiliki hanyalah pinjaman yang sampai satu masanya nanti akan ditarik jua . Selagimana masih diberi pinjam segala nikmatnya gunakanlah dengan sebaik mungkin . Usah membandingkan hidupmu dengan mereka yang lain tetapi bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki sekarang . .
Ukirlah senyuman seindah pelangi walau hatimu sepahit hempedu kerana tiada sebab untuk kamu terus bermuram durja bilamana hidup ini kerana Allah Taala .
Wallahu A'lam .
Monday, December 31, 2018
Sunday, December 30, 2018
PENGEMBARAAN
Selamat pagi
Kehidupan adalah untuk pengembaraan yang hebat.
Jadi teruskan usaha untuk mencapai impian kita !

Saturday, December 29, 2018
'HALANGAN'
kalau ada kemahuan dan usaha,
'halangan' tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa.

Friday, December 28, 2018
BERBAIK SANGKA
Penglihatan kita tentang apa yang dilakukan oleh seseorang
bukan menjadi ukuran untuk kita menilai orang itu ..
Terkadang pandangan kita yang salah .
Terkadang penilaian kita yang salah .
Terkadang pemahaman kita yang salah . .
Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita
untuk berbaik sangka dan tidak menilai orang lain
mengikut apa yang kita lihat dan pandang
[ Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid ] .

Thursday, December 27, 2018
BUDI BICARA
Tidak akan rugi orang yang bersifat baik budi,
dan tidak akan beruntung orang yang bersifat hasad dengki.

Wednesday, December 26, 2018
HATI HATI BICARA
Ada manusia diuji dengan Kesusahan,
Ada manusia juga diuji dengan Kesenangan.
Maka, berhati-hatilah dengan apa yang Kau ucapkan.

Tuesday, December 25, 2018
PERCATURAN
Dunia Ini Penuh dgn Percaturan.
Penuh Dugaan.
Penuh dgn Ujian.
Ibarat MeLintas jaLan,
MeLangkah ke Kiri,
Ibarat MeLintas jaLan,
MeLangkah ke Kiri,
M
eski tiada Kereta yg MeLanggar
tapi tak mustahiL bOLey Cedera Jatuh Lubang.
Langkah ke Kanan,
Meski tiada Lubang,
BOLey jadi akan Basah tepercik Air LOpak..
Monday, December 24, 2018
SURAH FUSSILAT : 34
"Tolak lah kejahatan dengan sebuah kebaikan.
Nescaya engkau akan dapati
musuhmu akan menjadi
seolah olah saudara."
Sunday, December 23, 2018
JODOH
Biarlah urusan jodohku
dipandu Allah ke jalan yang terbaik.
Tidak perlu Aku mengkhuatirkan sesuatu
yang tidak Aku ketahui hujung Takdirnya.
Jika memang ada Jodoh,
Walau si Dia jauh beribu batu,
tetap akan bersatu juga.
Tetapi jika memang tiada Jodoh,
Walau berada di depan mata,
tetap tidak akan dapat untuk di Miliki 💘

Saturday, December 22, 2018
SELAMAT HARI LAHIR
Alhamdulillah Ya Allah 🤲🏻
Kau masih panjangkan umurku.
Masih lagi memberi peluang untuk Aku bernafas lagi dibumiMu.
Terima Kasih ❤
Tak terasa waktu terlalu cepat berlalu.
Semua org mendoakan yg terbaik buatku.
Tapi aku masih belum pernah melakukan yg terbaik buat mereka.
Semoga diusia ini membawa aku kepada keberkatan dan kebaikan..💕
Alhamdulillah atas segala nikmat yang Engkau berikan kepada kami sekeluarga.
Terima kasih kepada semua yang korg ucapkan.
Semoga Allah membalas jasa dan ucapan kalian semua.Amin. 🍃🤗
Terima kasih ayahanada dan bonda bagi peluang sy melihat dunia 😘😘😘
Walaupun Allah s.w.t beri peluang bersama Mak hanya seketika...
Namun semua itu amat bererti buat Aku...🌹♥️
Doakan Aku dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat..🤲😘

Friday, December 21, 2018
KITA TIDAK SEMPURNA
Jangan pernah mengeluh atas setiap ujian yang di terima kerana dari ujian itulah banyak yang bakal kita pelajari .
.
Selalu di pesan raikan pendapat dan pandangan orang lain . Terutamanya melibatkan diri kita . Mungkin ada yang benar ada juga yang salah , tapi lebih bagus andainya kita ambil dari sudut yang positif . Pernah terfikir tak , kadangnya Allah menghantar teguran kepada kita dengan menjadikan manusia lain sebagai asbabnya . Tak da orang yang suka apabila ditegur , lebih-lebih lagi jika teguran itu adalah benar . Terasa sungguh pahit dan kelatnya untuk ditelan .
.
Sepatutnya kita bersyukur ,bukan semua orang ditegur begitu . Itu tandanya Allah masih peduli dan manusia masih sayangkan kita , masih nak lihat sama-sama berjalan menuju ke syurga Allah .
.
Kita tak sempurna , dan kerana itu gelaran kita Al-insan . Sentiasa perlu ditegur dan ditarbiah selagimana nyawa dikandung badan . Berlapang dada dan terima. Wallahu A'lam . .

Thursday, December 20, 2018
HIKMAH TAKDIR
Bukan hari ini . Mungkin juga esok atau lusa .
Atau mungkin sahaja bulan depan .
Atau tahun depan sekalipun .
Akhirnya dirimu akan menemui hikmah sakit
yang dirimu harungi saat ini . .
Akhirnya dirimu memahami hikmah takdir
disebalik ujian yang menimpa dirimu saata ini .
Bersabarlah .
Kerana ada yang lebih baik dan lebih indah
Allah simpan untuk dirimu .

Wednesday, December 19, 2018
TERUSKAN BERDOA
Hidup ini hanya pinjaman sementara , apa yang ada guna dengan sebaiknya .
Sahabat , walau apa pon yang kamu rasa saat ini satu pintaku , jangan pernah berhenti berharap kepada Allah . Andai kamu tidak putus berdoa teruskanlah jangan berhenti . Benar , tak semua yang kita minta Allah kabulkan . Dan saat kita berdoa belum tentu di makbulkan itu bukan kerana Allah benci tetapi kerana Allah lebih tahu waktu yang terbaik untuk di makbulkan .
Siapa tahu saat kamu hampir berputus dan berhenti berharap pada Allah ketika itulah Allah ingin mengangkat dia kamu ke langit dan memakbulkan segala permintaan kamu . Alangkah ruginya kamu .
Hidup kita telah di atur dengan cantik perjalanannya oleh Allah Taala . Penuh warna warni yang menghiasi setiap hari kita . Bersyukurlah walau sepahit apa pon pengalaman yang kamu perolehi . Paling utama , teruskan berdoa dan berharap hanya kepada Allah . Jangan lemah teruskan mencari kekuatan dengan mencari Allah . .
Firman Allah Taala " Berdoalah nescaya akan aku perkenankan " . Cuma masanya sahaja terus menjadi rahsia . Wallah A'lam .

Tuesday, December 18, 2018
KITA MANUSIA BUKAN PENGHUKUM
Bersyukur atas segala nikmat yang di beri moga kita akan beroleh kebahagiaan yang di impikan . Aamiin .
.
Kita manusia bukan penghukum dan penilai tapi sebaliknya kitalah yang akan di hukum dan di nilai Allah Taala . Itu yang patut kita ingat . Jangan mudah-mudah hukum orang ke neraka seolah-olah kita akan ke syurga .
.
Setiap orang punya masa sila tak terkecuali kita . Namun itu adalah satu perkara yang telah menjadi sejarah lama dalam hidup . Semoga ianya memberikan satu pengajaran terbaik buat diri .
.
Jangan hina orang kerana boleh jadi masa depannya lebih baik dari kita yang terasa baiknya diri sendiri .
.
Jangan lupa Allah pandang bagaimana pengakhiran seseorang hambaNYA . Walau masa silamnya teruk tapi andainya pengakhiran hidup dia lebih baik dari kita jangan terkejut andainya dia menjadi yang terbaik . Allah Maha Besar DIA penentu segalanya . Nasihatlah dengan penuh hikmah moga hati yang mendengarnya akan menjadi lembut dan semoga syurga Allah itu menjadi milik kita . Aamiin .

Monday, December 17, 2018
DOA IBU TIADA HIJAB
Bismillah .
Belajar untuk sentiasa bersyukur .
Nikmat dunia hanya pinjaman sementara selagi ada belajar hargai .
Doa IBU
Ketika Imam Syafie pergi ke Mesir untuk berjumpa guru beliau Imam Malik ,
meminta untuk didoakan .
kemudian kata Imam Malik ,
" kamu telah tersalah alamat datang ke sini dan minta untuk didoakan oleh aku ! .
Imam Syafie bertanya: " kenapa ?
Imam Malik menjawab:
"Di rumah kamu ada seorang yang doanya 100 000 kali ganda daripada aku !
Imam Syafie bertanya: " Siapakah itu? .
Maka jawab Imam Malik:
" Ibu kamu . Doa Ibu itu tidak ada hijab antara dia dengan Allah SWT .
Amat bertuah bagi mereka yang masih ada ibu !
Alhamdulilah jika anda masih ada ibu dan bapa,
kasihlah dan jaga mereka seperti mereka menjaga dan kasih kepada kita semasa kita
kecil dahulu.
Jangan lupa setiap hari hadiahkan Al-Fatihah buat mereka .
Moga sentiasa dalam lindungan Allah Taala .

Sunday, December 16, 2018
THE RIGHT HAPPINESS COME INSIDE YOURSELF
Bismillah .
Pupuk bahagia bermula dengan diri .
Kerana kebahagiaan yang sebenar itu hadirnya dari dalam diri kita sendiri .
Bersyukur dengan apa yang ada , dan pastinya sabar dengan apa yang bukan milik kita .
Boleh jadi apa yang kita suka itu bukanlah yang terbaik untuk kita tetapi yang tidak di sukai itulah sesuatu yang amat kita perlukan .
Bahagiakan orang In shaa Allah , Allah akan beri dan tunjukkan jalan untuk kita meraih kebahagiaan sendiri .
Jangan sesekali bandingkan hidup kita dengan orang lain kerana itu akan membuatkan diri kita sukar untuk bersyukur . Allah beri nikmat lebih dari apa yang kita perlukan . Terlalu cukup sehingga takkan mampu kita membalasnya .

Saturday, December 15, 2018
ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Bismillah .
Belajar Redha dalam mengharungi ujian
Cuba menjadi Bahagia walau sedang berduka .
Kerana kita tahu ada CintaNYA di situ bersama ujian yang kita lalui .
Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui segalanya .

Friday, December 14, 2018
TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS SEGALANYA
Bismillah .
Jangan pernah mengeluh atas segala kekurangan yang ada , sebaliknya belajarlah untuk sentiasa bersyukur tanpa syarat .
Ingat , Allah sentiasa memberi kelebihan di balik kekurangan . Menghadirkan kekuatan di sebalik kelemahan yang ada . Menghantar kebahagiaan di saat hati sedang berduka dan tidak lupa menghadiahkan senyuman di sebalik airmata yang mengalir .
Percayalah , Allah lebih mengetahui segalanya dari kita . Jangan mengeluh dan jangan pernah menyalahkan takdir Allah atas setiap yang berlaku .

Thursday, December 13, 2018
DERITA
Ku sangkakan kau permata
Tapi hanya lah di mata
Bagai duri yang melukai
Diri ini
Sejujurnya ku tiada
Teman lain di hatiku
Kau berubah tanpa ku rela
Mengapa ini terjadi
Chorus *
Kau katakan sayang tapiku terluka
Egomu menggunung
Kau tak pernah mengalah
Padahal dirimu
punca semuanya
Bagaimana lagi harusku terima
Jika kau begini
Yang selalu menyakitiku
Walaupun bersama
kau selit derita
** (Ulang)
Kau katakan sayang tapiku terluka
Egomu menggunung
Kau tak pernah mengalah
Walaupun bersama
kau selit derita
Walaupun bersama
kau selit derita
Wednesday, December 12, 2018
KITA TAK BOLEH PAKSA ORANG LAIN UNTUK TERUS BERSAMA KITA
Bismillah .
Berhenti mengeluh dan usahalah yang terbaik dalam hidup . Akhirat sangat penting tapi jangan sia-siakan peluang yang Allah bagi kat dunia ini .
Tak semua orang akn setia bersama kita . Ada yang akan pergi meninggalkan kita bila tiba masanya , ada yng jauh berlari dari sisi kita saat lihat begitu banyak keburukan kita dan ada yang tanpa sedar hilang dari pandangan tatkala bertemu yang lain .
Satu jea nak cakap , yang terbaik akan kekal di sisi . Walau begitu banyak keburukan dan kekurangan kita namun dia masih setia di sisi . Bersama kita menampal segala kekurangan yang ada dan perbaiki keburukan yang menjadi perhiasan diri . Dari situ juga kita mengenal erti setia dan erti sebuah persahabatan .
Yes , sangat betul yang cantik, kemas , sempurna itu yang sentiasa di cari di kejar namun mungkin kita lupa sempurna itu milik Yang Esa . Kadang kita terlupa melihat diri sendiri dek kerana terlalu mengikut keinginan hati . Belajarlah menilai yang mana kaca yang mana permata . Terkadangnya penilaian kita itu tidaklah tepat sama sekali kerana di butakan oleh keinginan hati dan nafsu .
Wallahu A'lam.
12 Disember 2018.
#SharingByHidayah #sharingiscaring#notahati #islamicquotes #dakwahitucinta#doayangbaikbaik #buatyangbaikbaik#cakapyangbaikbaik #fikiryangbaikbaik#tulisyangbaikbaik

Tuesday, December 11, 2018
SI CINTA
Sambutlah ‘si CINTA’
Saat malam mulai larut
Suasanapun semakin senyap
Aku terbujur dalam kekakuan
Karena hati terpasung dalam kesepian
Kesedihan dengan kesendirian
Seakan menggugurkan sejuta harapan
Sepinya malam berlalu sudah
Pagi datang mengawali hari baru
Aku terbangun dari panjangnya malam
Perlahan aku bergerak,
Berdiri dan kubuka jendela
Tersiratlah cahaya mentari pagi
Menyinari……
Menghempaskan semua khayalan kepahitan
Memang, Aku harus tetap tegar berdiri
Menongkah hari yang baru
Sambut dengan sesuatu yang indah
Wujudkan misteri cita dan cinta
Sambutlah ‘si CINTA’ yang cantik
Berikan dia senyum
Warnailah hari-hari dengan cinta
#kay
Monday, December 10, 2018
BAHAGIA BUKAN MILIK KITA
Bahagia itu bukan milik kita,
Tapi milik Dia,
Yang Menciptakan kita.
Walaupun kau sudah bersama dengan orang yang kau sayang,
Dengan orang yang kau suka,
Dengan orang yang kau cinta,
Tetapi jika Dia tidak izinkan bahagia itu datang,
Tetap takkan hadir rasa itu.
Dan kadang-kadang,
Rasa bahagia itu hanya sementara.
Sebab apa?
Sebab hati kau jauh dari Dia,
Kau melebihkan cinta makhluk daripada cinta Yang Maha Esa.
Satu resepi bahagia dari aku,
Letakkan Dia ditempat teratas dalam hati kau,
Dan taat akan perintahNya.
In shaa Allah,
Moga jadi asbab kebaikkan, hidayat dan dakwah untuk semua.

Sunday, December 9, 2018
BANYAK MENGALAH
Terkadang
Hati ini banyak sangat mengalah
Sanggup remuk berkali-kali
Demi menjaga hati-hati yang lain
Hati ini banyak sangat mengalah
Sanggup remuk berkali-kali
Demi menjaga hati-hati yang lain
Terkadang
Terfikir sendiri juga
Sampai bila harus macam ni
Hipokrit pada diri sendiri
Terfikir sendiri juga
Sampai bila harus macam ni
Hipokrit pada diri sendiri
Susah kan bila berada dalam keadaan macam ni..
Hendak melangkah
Tak sampai hati
Hendak bertahan
Sendiri juga yang makan hati
Tak sampai hati
Hendak bertahan
Sendiri juga yang makan hati
Terkadang
Jiwa ni rasa sesak sangat
Fikiran rasa semak
Jiwa ni rasa sesak sangat
Fikiran rasa semak
Tungu sahajalah masa dan ketika
Saat itu pergi tak kan berpaling lagi
Usah pangil berkali-kali
Tak kan ada sahutan lagi
Saat itu pergi tak kan berpaling lagi
Usah pangil berkali-kali
Tak kan ada sahutan lagi
~TasbihSuci
Saturday, December 8, 2018
RINDU
Satu perasaan yang sukar dielakkan
Ia bisa mengganggu tenang di jiwa
Ia bukan selalu datang
Tapi ia datang ada masanya
Kalau boleh elak
Nak je elak
Nak je elak
Tapi mampukah?
Sebenarnya rindu ini adalah satu rasa
Semua ini dari NYA
Kita hanya tempat merasa
Mana mampu untuk kita elak
Betul tak..
Semua ini dari NYA
Kita hanya tempat merasa
Mana mampu untuk kita elak
Betul tak..
Dan,
Rindu yang paling dalam adalah rindu pada insan-insan yang sudah pergi dulu meninggalkan kita
Pergi menghadap Ilahi
Pergi yang tak akan kembali lagi
Hanya doa sebagai kiriman
Dan saat linangan air mata dicurahkan
Itu adalah tanda kerinduan yang tak mampu diungkapkan lagi dengan kata-kata

Friday, December 7, 2018
CHENTA
Jiwaku berselerak
Bagai benang terikat
Hendak dilerai tiada dapat
Potretmu kulihat kaku
Hati semakin sayu
Bila kau membisu
Aku memjauh.
Bagai benang terikat
Hendak dilerai tiada dapat
Potretmu kulihat kaku
Hati semakin sayu
Bila kau membisu
Aku memjauh.
Mengenang dirimu rapuh
Entah pada siapa hatimu berpaut
Hingga kau campak aku ke laut
Bergelombang ombak semakin sebak.
Entah pada siapa hatimu berpaut
Hingga kau campak aku ke laut
Bergelombang ombak semakin sebak.
Ku ingin kau disisi
Memenuhi ruang gati
Adakah aku cemburu
Adakah kau menduga
Biarkan aku melata
Mengemis sebuah cunta
Memenuhi ruang gati
Adakah aku cemburu
Adakah kau menduga
Biarkan aku melata
Mengemis sebuah cunta
Hanya engkau ku cinta
Padamu ku pinta
Usah buat kukecewa
Berkeluh kesah merintih hiba
Hidup terdera dalam gundah gulana.
Padamu ku pinta
Usah buat kukecewa
Berkeluh kesah merintih hiba
Hidup terdera dalam gundah gulana.
#chenta
Thursday, December 6, 2018
MATANG
Pengalaman dapat memantangkan kita.
Bukan mengukur usia seseorang.
Kerna mereka sudah melalui pelbagai ujian
dan itu dapat dijadikan pengajaran dan pengalaman
untuk tidak melakukan perkara yang sama seperti dulu.
Mereka berwaspada
dalam melakukan sesuatu hal dalam kehidupan.
Mereka akan jadi lebih matang.
Tidak terlalu kisah hal orang.
Dan akan lebih mengambil berat
pada orang yang lebih rapat terhadap dirinya.
Wednesday, December 5, 2018
UJIAN HIDUP
Tenanglah dikau,
kita sebagai manusia tidak lari dari ujian hidup.

Kuatkanlah peganganmu di jalan الله.
InsyaAllah,
kau lalui ujian itu dengan mudah kerna kau tahu الله ada bersama dengan diri kau.

Ye,
mengadu pada Dia walaupun Dia sudah tahu apa yang ada dalam hati kita.

Menangis,
merintih dengan segala derita ujian itu.
merintih dengan segala derita ujian itu.
InsyaAllah,
hati kau,
fikiran kau akan menjadi tenang apabila kau bersama dengan الله.

Jaga diri baik baik apabila musim cuti sekolah bermula.
Pelbagai kemalangan yang berlaku dan kematian orang tersayang yang pergi meninggalkan kita.
Ikhlas kan hati.
Kita semua akan pergi meninggalkan dunia kerna "dunia tempat kita meninggal dan akhirat tempat kita tinggal".
Tuesday, December 4, 2018
MANUSIA DATANG SILIH BERGANTI
Bismillah .
Hidup di dunia ini banyak yang kita kena tahu dan perhati .
.
Manusia hadirnya silih berganti , datangnya juga tak tentu masa . Hati dan perasaan juga susah nak di baca . Tak semua suka kita , tak semua sayangkan kita . Manusia nie bermacam ragam . Bukan manusia namanya jika punya rasa yang sempurna . Walaupon hakikatnya kita tak layak pon untuk membenci antara satu sama lain kerana kita di ciptakan dari tanah yang sama.
.
Tapi tak mengapa , kasih sayang Allah itu lebih bernilai dari perhatian manusia . Kebencian manusia itu tak membawa apa-apa makna pon tak memberi kesan kerana ada kasih sayang Allah yang seluas lautan . Tak buat salah pon manusia benci kalau buat lagilah bertambah benci . Susah nak puaskan hati manusia . .
Tapi Allah , kaya dengan kasih sayang . Buatlah dosa berpuluh kali , ulanglah silap yang sama tapi pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah tak jemu memberi keampunan kepada kita hambaNYA yang hina ini yang tak lekang dari dosa . Biarlah apa manusia nak kata , apa dia nak buat yang penting rahmat Allah itu lebih besar dari segalanya. .
Wallahu A'lam.
#doayangbaikbaik #buatyangbaikbaik#fikiryangbaikbaik #tulisyangbaikbaik#cakapyangbaikbaik

Monday, December 3, 2018
MELEPASKAN ADALAH YANG TERBAIK
Bismillah .
Tak semua yang kita miliki , kita sayangi itu akan terus menjadi milik kita . Akan terus berada dalam genggaman kita . Tidak sama sekali .
Terkadang juga melepaskan itu bukan beerti tidak sayang tetapi kerana sedar ada cinta lain yang harus di kejar terlebih dahulu . Kerana sudah tiba masanya untuk kembali kepada cinta yang abadi dan hakiki . Membuat keputusan itu bukan sesuatu yang mudah namun demi meraih redha Yang Satu , keputusan yang pasti harus di buat .
Kesedaran yang muncul itu teguran dari Allah . Dalam tak sedar kita lebihkan cinta manusia dari cinta padaNYA sampailah satu saat kita di uji dengan perlu memilih hanya satu sahaja . Dan di saat kita memilih dengan penuh kesedaran , redha dan hati yang terbuka pasti keputusan itu adalah sesuatu yang tepat .
Mungkin sekarang masa untuk kembali kepada Pencipta . Jika sudah tertulis jodoh berdua pasti kamu bakal bersatu dengannya . Sekarang ini tumpulah pada cinta yang sebenar supaya cinta sejati kamu itu sentiasa membawa kebaikan . .
Wallahu A'lam .
#doayangbaikbaik #buatyangbaikbaik#cakapyangbaikbaik #fikiryangbaikbaik#tulisyangbaikbaik #justsharing
#SharingByHidayah

Subscribe to:
Posts (Atom)
SELEPAS HUJAN ADA PELANGI
Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...
-
Perihal rebah itu sudah lali. Kadang sedikit langkah lagi untuk kau sampai ke puncak, namun rebah di pertengahan jalan. Sakit! . Tetapi ...
-
Page 1 | 365 Ahlan Wa Sahlan 2019 . Semoga tahun ini hubungan kita dengan Allah lebih baik dari sebelumnya . Fokuskan pada perjalanan ki...
-
Mengapa terjadi Oh pada diri ini Haruskah ku meneruskan lagi Kisah kita yang telah kita bina bersama Kini telah hancur karena kau memili...