Monday, December 31, 2018

PENGHUJUNG 2018

Alhamdulillah untuk segala nikmat yang telah diberikan selama hayat masih dikandung badan.


Kadang kita lupa hidup kita Allah yang aturkan . Perjalanannya cukup teratur dan cantik . Sehinggakan sebenarnya tiada satu pon yang boleh kita sangkalkan . Turun naik , jatuh bangun semuanya sudah tertulis . Cumanya setiap dari kita punya kisah hidup yang tersendiri .


Ada yang kita boleh lihat deritanya dia , ada yang disorokkan bahagianya kerana tidak mahu ada yang berduka , ada yang kelihatan kuat diluar namun peritnya didalam hati hanya Allah yang tahu . Namun kerana sikap syukur dan sabar menguasai diri semua itu tersimoan kemas didalam menyusuri perjalanan hidup .


Sedar setiap satu yang dimiliki hanyalah pinjaman yang sampai satu masanya nanti akan ditarik jua . Selagimana masih diberi pinjam segala nikmatnya gunakanlah dengan sebaik mungkin . Usah membandingkan hidupmu dengan mereka yang lain tetapi bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki sekarang . .

Ukirlah senyuman seindah pelangi walau hatimu sepahit hempedu kerana tiada sebab untuk kamu terus bermuram durja bilamana hidup ini kerana Allah Taala .


Wallahu A'lam .

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...