Tuesday, December 18, 2018

KITA MANUSIA BUKAN PENGHUKUM

Bersyukur atas segala nikmat yang di beri moga kita akan beroleh kebahagiaan yang di impikan . Aamiin .
.

Kita manusia bukan penghukum dan penilai tapi sebaliknya kitalah yang akan di hukum dan di nilai Allah Taala . Itu yang patut kita ingat . Jangan mudah-mudah hukum orang ke neraka seolah-olah kita akan ke syurga .
.

Setiap orang punya masa sila tak terkecuali kita . Namun itu adalah satu perkara yang telah menjadi sejarah lama dalam hidup . Semoga ianya memberikan satu pengajaran terbaik buat diri .
.

Jangan hina orang kerana boleh jadi masa depannya lebih baik dari kita yang terasa baiknya diri sendiri .
.

Jangan lupa Allah pandang bagaimana pengakhiran seseorang hambaNYA . Walau masa silamnya teruk tapi andainya pengakhiran hidup dia lebih baik dari kita jangan terkejut andainya dia menjadi yang terbaik . Allah Maha Besar DIA penentu segalanya . Nasihatlah dengan penuh hikmah moga hati yang mendengarnya akan menjadi lembut dan semoga syurga Allah itu menjadi milik kita . Aamiin .

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...