Saturday, December 8, 2018

RINDU


Satu perasaan yang sukar dielakkan
Ia bisa mengganggu tenang di jiwa
Ia bukan selalu datang
Tapi ia datang ada masanya
Kalau boleh elak
Nak je elak
Tapi mampukah?
Sebenarnya rindu ini adalah satu rasa
Semua ini dari NYA
Kita hanya tempat merasa
Mana mampu untuk kita elak
Betul tak..
Dan,
Rindu yang paling dalam adalah rindu pada insan-insan yang sudah pergi dulu meninggalkan kita
Pergi menghadap Ilahi
Pergi yang tak akan kembali lagi
Hanya doa sebagai kiriman
Dan saat linangan air mata dicurahkan
Itu adalah tanda kerinduan yang tak mampu diungkapkan lagi dengan kata-kata


No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...