Monday, December 3, 2018

MELEPASKAN ADALAH YANG TERBAIK

Bismillah .

Tak semua yang kita miliki , kita sayangi itu akan terus menjadi milik kita . Akan terus berada dalam genggaman kita . Tidak sama sekali .

Terkadang juga melepaskan itu bukan beerti tidak sayang tetapi kerana sedar ada cinta lain yang harus di kejar terlebih dahulu . Kerana sudah tiba masanya untuk kembali kepada cinta yang abadi dan hakiki . Membuat keputusan itu bukan sesuatu yang mudah namun demi meraih redha Yang Satu , keputusan yang pasti harus di buat .

Kesedaran yang muncul itu teguran dari Allah . Dalam tak sedar kita lebihkan cinta manusia dari cinta padaNYA sampailah satu saat kita di uji dengan perlu memilih hanya satu sahaja . Dan di saat kita memilih dengan penuh kesedaran , redha dan hati yang terbuka pasti keputusan itu adalah sesuatu yang tepat .

Mungkin sekarang masa untuk kembali kepada Pencipta . Jika sudah tertulis jodoh berdua pasti kamu bakal bersatu dengannya . Sekarang ini tumpulah pada cinta yang sebenar supaya cinta sejati kamu itu sentiasa membawa kebaikan . .

Wallahu A'lam .

#doayangbaikbaik #buatyangbaikbaik#cakapyangbaikbaik #fikiryangbaikbaik#tulisyangbaikbaik #justsharing
#SharingByHidayah

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...