Jangan pernah mengeluh atas setiap ujian yang di terima kerana dari ujian itulah banyak yang bakal kita pelajari .
.
Selalu di pesan raikan pendapat dan pandangan orang lain . Terutamanya melibatkan diri kita . Mungkin ada yang benar ada juga yang salah , tapi lebih bagus andainya kita ambil dari sudut yang positif . Pernah terfikir tak , kadangnya Allah menghantar teguran kepada kita dengan menjadikan manusia lain sebagai asbabnya . Tak da orang yang suka apabila ditegur , lebih-lebih lagi jika teguran itu adalah benar . Terasa sungguh pahit dan kelatnya untuk ditelan .
.
Sepatutnya kita bersyukur ,bukan semua orang ditegur begitu . Itu tandanya Allah masih peduli dan manusia masih sayangkan kita , masih nak lihat sama-sama berjalan menuju ke syurga Allah .
.
Kita tak sempurna , dan kerana itu gelaran kita Al-insan . Sentiasa perlu ditegur dan ditarbiah selagimana nyawa dikandung badan . Berlapang dada dan terima. Wallahu A'lam . .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SELEPAS HUJAN ADA PELANGI
Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...
-
Perihal rebah itu sudah lali. Kadang sedikit langkah lagi untuk kau sampai ke puncak, namun rebah di pertengahan jalan. Sakit! . Tetapi ...
-
Page 1 | 365 Ahlan Wa Sahlan 2019 . Semoga tahun ini hubungan kita dengan Allah lebih baik dari sebelumnya . Fokuskan pada perjalanan ki...
-
Mengapa terjadi Oh pada diri ini Haruskah ku meneruskan lagi Kisah kita yang telah kita bina bersama Kini telah hancur karena kau memili...
No comments:
Post a Comment