Wednesday, December 12, 2018

KITA TAK BOLEH PAKSA ORANG LAIN UNTUK TERUS BERSAMA KITA

Bismillah .

Berhenti mengeluh dan usahalah yang terbaik dalam hidup . Akhirat sangat penting tapi jangan sia-siakan peluang yang Allah bagi kat dunia ini .

Tak semua orang akn setia bersama kita . Ada yang akan pergi meninggalkan kita bila tiba masanya , ada yng jauh berlari dari sisi kita saat lihat begitu banyak keburukan kita dan ada yang tanpa sedar hilang dari pandangan tatkala bertemu yang lain .

Satu jea nak cakap , yang terbaik akan kekal di sisi . Walau begitu banyak keburukan dan kekurangan kita namun dia masih setia di sisi . Bersama kita menampal segala kekurangan yang ada dan perbaiki keburukan yang menjadi perhiasan diri . Dari situ juga kita mengenal erti setia dan erti sebuah persahabatan .

Yes , sangat betul yang cantik, kemas , sempurna itu yang sentiasa di cari di kejar namun mungkin kita lupa sempurna itu milik Yang Esa . Kadang kita terlupa melihat diri sendiri dek kerana terlalu mengikut keinginan hati . Belajarlah menilai yang mana kaca yang mana permata . Terkadangnya penilaian kita itu tidaklah tepat sama sekali kerana di butakan oleh keinginan hati dan nafsu .

Wallahu A'lam.
12 Disember 2018. 
#SharingByHidayah #sharingiscaring#notahati #islamicquotes #dakwahitucinta#doayangbaikbaik #buatyangbaikbaik#cakapyangbaikbaik #fikiryangbaikbaik#tulisyangbaikbaik

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...