Tuesday, December 4, 2018

MANUSIA DATANG SILIH BERGANTI

Bismillah .

Hidup di dunia ini banyak yang kita kena tahu dan perhati .
.

Manusia hadirnya silih berganti , datangnya juga tak tentu masa . Hati dan perasaan juga susah nak di baca . Tak semua suka kita , tak semua sayangkan kita . Manusia nie bermacam ragam . Bukan manusia namanya jika punya rasa yang sempurna . Walaupon hakikatnya kita tak layak pon untuk membenci antara satu sama lain kerana kita di ciptakan dari tanah yang sama.
.

Tapi tak mengapa , kasih sayang Allah itu lebih bernilai dari perhatian manusia . Kebencian manusia itu tak membawa apa-apa makna pon tak memberi kesan kerana ada kasih sayang Allah yang seluas lautan . Tak buat salah pon manusia benci kalau buat lagilah bertambah benci . Susah nak puaskan hati manusia . .

Tapi Allah , kaya dengan kasih sayang . Buatlah dosa berpuluh kali , ulanglah silap yang sama tapi pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah tak jemu memberi keampunan kepada kita hambaNYA yang hina ini yang tak lekang dari dosa . Biarlah apa manusia nak kata , apa dia nak buat yang penting rahmat Allah itu lebih besar dari segalanya. .

Wallahu A'lam. 


#doayangbaikbaik #buatyangbaikbaik#fikiryangbaikbaik #tulisyangbaikbaik#cakapyangbaikbaik

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...