Wednesday, October 31, 2018

ALLAH DIDALAM HATI

Mengapa kita sering mengeluh
apabila menghadapi suatu masalah ?

Disebabkan
kita tidak letak kan الله dalam hati kita .

☝💕

IMAN

Hati ni macam ikan .
Kalau ikan yang tanpa air .
Ikan itu akan mati bukan?

Ibaratkan air itu adalah iman.
Begitulah hati kita jika tanpa iman .
Mati.

PILIHAN SENDIRI

" Hidup ini penuh dengan pilihan. 
Setiap pilihan ada yang baik dan buruk. 
Tiada pilihan yang lebih baik daripada pilihan yang lain. 
Semuanya bergantung kepada perspektif masing-masing.
Jika kita rasakan itu pilihan yang terbaik 
dan berguna buat kita, 
then teruskanlah. 
Persetankan tanggapan manusia. 
Kita ada Tuhan yang menilai kita. "

👉👈 💝

CINTA

Sedih hati, seolah-olah dapat aku rasakan hatiku dipijak hancur, dicincang luka tanpa belas.

Sungguh, aku jaga cinta sejaganya.
Aku setia seadanya.
Tak pernah menipu, jujur senantiasa.

Namun mengapa masih luka?
Mengala masih parah didera?
Apa kerana begitu takdirnya?

Sungguh Tuhan,
Aku tidak kuat.
Aku lemah tanpa kekuatanMu,
Aku rebah tanpa bimbinganMu,
Aku buta tanpa cahayaMu.. Sungguh sakit, seolah aku merasakan aku tiada lagi punya hati,
Dapat kurasa betapa pedihnya cinta ini mati, bukan amgkara diri aku yang setia disisi.
Tapi angkara manusia yang langsung tak pandai menghargai.

Ya Ilahi, 
Ajar aku erti sendiri.
Sungguh, jangan pernah kau serahkan aku kepada diriku meski sekali,
Pandulah aku, sentiasa berada di sebalik tirai keputusanMu,
Sungguh, aku adalah hambaMu yang buta tak bersyukur.

Aku lemah, 
sungguh lemah tanpaMu...



Tuesday, October 30, 2018

EGO UNTUK BERUBAH

 Ringan lidah berkata kau sudah berhijrah,  
 Namun kau masih tak tinggal amalan jahiliah. 

 Sungguh,  
 Mungkin mudah kau bermadah mengatakan hijrah itu tak susah, 
 Namun akhirnya, segala-galanya terpulang pada diri kau. 

 Kau punya pilihan, 
 Untuk terus kekal bersahabat dengan syaitan,  
 Atau terus bertatih menuju jalan Tuhan. 
 Tiada siapa kata mudah,  
 Langsung tak pernah kata tak susah, 
 Tetapi yang lebih terang adalah usaha kau. 

 Kawan, 
 Hijrah itu tidak dibentang karpet merah. 



 Mungkin mudah berbicara soal hijrah, 
 Tetapi keahuilah. 
 Hijrah itu tak semudah kiraan satu dua dan tiga, 
 Ianya lebih kepada keikhlasan hati menuju Tuhan yang Maha Esa. 

 Andai kau kenal akan niat kau apabila berhijrah, 
 Ianya mungkin mudah. 
 Tetapi andai niatkau masih samar-samar,  
 Kau akan terus dan terus mencari alasan untuk menangguhkan hijrah. 

 Kadang,  
 Bukannya hidayah belum sampai. 
 Tetapi kau sendiri yang menjadikan ego kau sebagai tembok penghalang antara hidayah dan hati   kau. 

 Tak perlu pandang orang lain, 
 Cukuplah bertanya pada cermin. 

Monday, October 29, 2018

CARA UNTUK BAHAGIA


 Ada benda, 
 kau boleh hadapinya dengan bahagia. 
 Ada benda, 
 kau terseksa untuk lepasinya. 

 Tetapi yang kau perlu tahu, 
 kedua-dua benda ini mengajar kau 
 cara untuk bahagia sebenarnya. 

 Ajar kau erti sabar dan redha, 
 ikhlas dan tawakal. 

 Akhir sekali, 
 kau akan hargai bilamana mata kau dah celik  
 untuk nampak dia punya isi. 

 Kehidupan, bukan satu warna. 

🌈🌈🌈

Sunday, October 28, 2018

MANUSIA TAK SEMPURNA

 "Terlalu lama mendongak ke langit, jangan lupa kaki sedang menapak di bumi... 
 Kawan, jangan lupa diri..." 

 ** "Selama-lamanya, ego takkan pernah menang dengan cinta...
 Destinasi ego cuma satu - penyesalan..." - 

 ** Bila siang bertukar malam, 
 ada orang perwatakannya juga bertukar, mengikut waktu. 

 Mungkin pagi, dia insan yang nampak biasa. 
 Malamnya, sebenar kata dia menangis memohon kemapunan daripada Allah ta'ala. 

 Kita manusia, kadang hebat menilai. 

 Kerap, rancak lidah mengutarakan kata menilai peribadi seseorang  
 yang sebenarnya langsung kita tidak mengenalinya. 

 Atas satu sebab, 
 kerana fikirkan yang diri kita dah terlalu sempurna. 

 Kawan, harap kau buka mata. 
 Aku ingatkan, manusia yang sempurna itu tiada.  


Saturday, October 27, 2018

RELEX

Don't think too much,
Sometimes you just have to close your eyes, 
take a deep breath, and follow your heart.

😐💢

Believe what your heart tells you,
Not what others say.
Don't let their negativity consume you..

Friday, October 26, 2018

TERLEKA

Terlalu leka mengejar cinta,
Sehingga terlupa menggapai cita, 
harapan orang tua.

Sampai gila, dia bertaruh cinta.
Separuh nyawa, dia harapkan cinta.
Sampai mati, dia setia.
Sehingga lupa, definisi sebenar bahagia.

Ramai terleka,
terlelap lantas rebah terluka.
Dia tertipu, terpedaya dengan permainan syaitan durjana.

Fikirnya, ianya fitrah, biasa.
Sebenarnya, syaitan sedang ketawa, menang bahagia.

Kadang,
Kau mencari-cari bulan.
Memandang sekeliling, lama.
Namun tak jumpa.

Sedarlah.
Bulan itu ada.
Mungkin hilangnya bulan, terlindung dek matahari.

Redha.

TEMU vs PISAH

 "Pertemuan, 

pengakhirannya cuma dua. 

Satu perpisahan dan satu lagi kesakitan.


Melainkan mereka yang ikhlas dalam pekenalan."

RENCANA ALLAH

😔🌹

Kadang-kadang kita rasa penat sangat,
penat dengan hidup ni, penat dengan apa yg kita sedang lalui...
bila semua ni akan berhenti...
.
Kita dah buat mcm2, dah usaha mcm2,
tapi dia tak pernah hargai, yg dia rasa tak cukup lagi, dia nak lebih lagi...
maka ketika itu keikhlasan kita, kesabaran kita diuji...
.
Tabahkan lah hati , pesan pada diri yg Allah ada rencana-Nya tersendiri.
Teruskan langkah kaki, jangan kita berhenti,
matlamat kita nak cari redha Ilahi .
Kadang-kadang bukan kita sendiri yang kuat
tapi Allah yang memberi kekuatan sebab Dia nak sampaikan sesuatu..

Thursday, October 25, 2018

PERGILAH..ASAL KAU BAHAGIA

Pergilah kalau itu yang Kau mahu,
Aku akan selalu Doakan Kebahagiaan Kau.
Cukuplah setakat itu Aku merayu, rendahkan ego Aku.
Aku janji takan ganggu Kau lagi.
Semoga Kau akan temui seseorang yang lebih baik dari Aku.

💔👌

KEPUTUSAN SENDIRI

Pedih hati, hanya kau yang rasa.
Mereka nampak, tetapi tidak pula kena.
Yang tahu, hanya kau dan Dia.

Kau bertanya pada hati,
.
. "Sampai bila nak macamni?"
.
.
Hati diam tak terkata.
.
.
Perlahan-lahan, terdengar bisikan..
.
. "Kau yang tentukannya." .
.
Semua keputusan di tangan kita.
Baik atau buruk, hanya istikharah pendorong kita.
Sebab akhirnya, tinggal kita yang menentukannya.

Berserah, takdir Allah itu yang terbaik.

Wednesday, October 24, 2018

AGAR KAU REDHA

Ada orang, penat berusaha.
Ikhlas sebenarnya.
Namun, akhirnya lelah.
Usaha yang diberi, tak dihargai.

Tak minta dipuji.
Jauh sekali disanjung.
Hanya sedikit penghargaan.
Ya, terima kasih bukanlah satu perkataan yang sukar untuk dieja,
apatah lagi menyebutnya.

Aku pernah nasihatkan,
Belajarlah menghargai.

Jangan nanti, bila dah mati,
Kaulah yang katakan paling rapat.
Aku ingatkan,
Kawan, jangan pernah jadi pelangi untuk mereka yang buta warna.

Sia sia, bahkan buang masa.

#AgarKauRedha

ALLAH MENGETAHUI

Allah mengetahui apa yang dikehendaki oleh hati anda, 
walaupun anda tidak memasukkannya dalam doa anda.

Dia mendengar bisikan hatimu.

👀👂

Dia mungkin tidak memberikannya kepada anda sekarang
tetapi suatu hari nanti, apabila anda tidak menjangkakannya, 
perkara akan berlaku dengan cara yang terbaik.

Tuesday, October 23, 2018

RAGAMAN

"Jadi macam buah manggis. 
Buah ni jujur. 
Tengok bawah dia ada 6, 
confirm isi dia enam"

"Jangan jadi macam buah durian, 
dah la luarnya sakit. 
Kadang, dalam isi busuk." .

HIDUP LARA

Dalam kesunyian ia banyak kesabaran..
Sunyi yang indah bila kita ingat ALLAH disisi..
Saat itulah aku sentiasa ada untukmu..
Keadaan itu indah bila kita rasa bahagia disisinya..

Kadang² aku bersyukur
Apa yang aku hadapinya
Kasih yang indah datang tiba²
Hidup ini tidak boleh jauh darinya
Ia sentiasa ada dihati
Masa dan saat itulah kita harus rasanya.

Jiwa yang indah melihat apa yang datang ujian itu indah
Senyuman yang sentiasa ada dalam diri
Senyuman kasih yang selalu indah dalam hatiku
Saat itulah kita harus tahu ia sentiada ada

dalam hidupan yang sentiasa untuk kita semua.

HARUS BERUSAHA

Usahalah,
meski tahu sempurna itu mustahil.
Cubalah merangkak sehampirnya ke arah kesempurnaan,
kerana manusia yang terbaik itu ialah mereka yang berusaha jadi lebih baik.

Tuhan tak kejam.
Tuhan tahu kita.
Dia lebih kenal kita.

Sabar.
Menangislah andai mahu,
Air mata itu bukan definisi kelemahan,
tetapi bukti mereka yang telah lama bertahan untuk kekal kuat.

Ada.
Akan ada.

🌱🌴

#AgarKauBahagia
#TarbiahSentap


-- MUNAFIK

Satu ayat dalam filem tu yang betul-betul buat aku tersentap adalah,
"Tak semua yang Allah izin, Allah redha."
Ayat yang bagi aku sangat power.
Kadang ada orang putus asa dengan ujian,
menyalahkan takdir Tuhan.
Ada orang buat dosa,
rasa bahgia seakan-akan Allah suka,
tapi sebenarnya Allah murka.
 Istidraj itu bencana. - Munafik

Monday, October 22, 2018

JADI YANG TERBAIK

"Yang terbaik takkan kekal
jadi yang terbaik,
andai tidak melangkah untuk menjadi yang lebih baik.
" Terima kasih Tuhan untuk cinta."

🌷🍃

HIJAB

Bismillah.

Hijab wanita itu ada empat .

1-Hijab pada wajahnya,
2-Hijab pada matanya,
3-Hijab pada suaranya,
4-Hijab pada hatinya,

Apa ertinya?
.
1. Hijab pada wajah
- Jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.(Bukan Muhrimnya)
.
2. Hijab pada mata
- Jangan matanya memandang lelaki lain selain muhrimnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang,tidak memandang.
.
3. Hijab pada suara
- Jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona.
.
4. Hijab pada hati
- Mengingati Allah Ta’alla .. dengan tasbih subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar.
.

In shaa Allah apa yang kite baca dapat kita amal dan sampaikan terutamanya para wanita .


Sunday, October 21, 2018

"SAAT PUTUS CINTA DENGAN ALLAH.

Putus cinta dengan manusia kita menangisi keperitan.
Putus cinta dalam persahabatan, kita terduduk menanggung kedukacitaan.

Tetapi, putus cinta dengan ALLAH jarang membuatkan kita terduduk penuh kekecewaan.

Sedangkan, hampir setiap hari hubungan kita dengan ALLAH terputus.

Imam Malik ketika sedang mengajar murid-muridnya tiba-tiba beliau terhenti dan menangis.

Ditanya muridnya kenapa beliau berhenti dan menangis?

Maka dijawabnya :

"Aku terputus sebentar hubungan aku dengan ALLAH. Sbab itu aku menangis.

🍃💞

:leaves:

AURAT

Bismillah.


AURAT. .


Sekali pun kita berniqab,
selagi mana kita mempamerkan aurat saudara kita(islam/kafir) di media sosial.
Kita masih lagi belum menutup aurat. .

Sekali pun kita berserban👳🏻‍♀,
selagi mana kita mempamerkan aurat saudara kita di media sosial.
Kita masih lagi belum menutup aurat. .

Sekali pun kita tidak menutup aurat secara sempurna,
selagi mana kita mempamerkan aurat saudara kita di media sosial.
Kita masih lagi belum menutup aurat.
.

Muhasabah diri , istighfar . jom check balik apa yang kita posted 🙂
"berapa banyak manusia yang hidup dalam kelalaian,
sedangkan kain kafannya sedang ditenun"-imam as syafie 💜

Saturday, October 20, 2018

ALLAH JAGA AIB KITA

Bismillah .

Semoga hari ini lebih baik dari baik daripada sebelumnya.
Jangan lupa tajdid niat okay .
Niat yang baik walaupon hanya sekadar lafaz tanpa sempat di lakukan juga punya pahala tersendiri .
.

Pernah tak dengan orang selalu cakap " eh dia nie baiklah , suka tengok dia " .
Selalu kan . Orang nampak kita baik tapi diri sendiri tahu bagaimana hakikat yang sebenarnya .
Tahu tak , kenapa orang selalu nampak kita baik ?
Itu kerana Allah dah tutup rapat-rapat , kemas-kemas aib kita supaya tidak kelihatan pada mata orang lain . .

Andainya dosa atau keburukan kita dapat di lihat orang ,
rasanya berlari masuk ke gua duduk tak keluar-keluar malu punya pasal .
Tapi , Allah Maha Baik tutup aib hambaNYA dengan sebaik-baiknya .
Haa , bila Allah dah tutup tu ambillah peluang untuk berubah , bertaubat dan perbaiki kesalaha kesilapan sendiri . Jangan biarkan . Allah beri kita balaslah .
Jangan hanya tahu menerima tanpa tahu membalas . .

In Shaa Allah mudah-mudahan kita berjaya menjadi hamba yang terbaik dari hari ke hari . .

#doayangbaikbaik #buatyangbaikbaik #Cakapyangbaikbaik #fikiryangbaikbaik #tulisyangbaikbaik

BERHARAP KEPADA ALLAH

Letakkan sepenuh pengharapan hanya kepada Allah ,
kecewa takkan mungkin bahagia yang berkekalan kita miliki .
.

Paling utama , letakkan hati pada tingkat yang paling tinggi .
Allah ciptakan hati dalam bentuk yang sangat cantik dan indah ,
jadi jangan biarkan ianya pecah berkecai dengan mudah .
Jaga sebaiknya . .

#doayangbaikbaik
#buatyangbaikbaik #Cakapyangbaikbaik #fikiryangbaikbaik #tulisyangbaikbaik

Friday, October 19, 2018

AKHLAK

Bismillah.

Akhlak seseorang itu bukan di nilai dari pakaiannya tetapi dari segi percakapan dan juga perlakuannya.
.

Jaga perilaku kita.
Jaga setiap pertuturan kita.
Jaga penulisan kita.
.

Kerana setiap yang keluar dari mulut kita dan setiap apa yang di tulis akan di hisab dengan teliti oleh Allah Taala.
.

Jika baik semuanya , maka akan baiklah. Jika tidak kita sendiri tahu akibatnya.
.

Ingat , Allah sentiasa memerhati dan memantau kita. Tidak sesaat pon kita terlepas dari CCTV Allah Taala.
.

Doakan yang terbaik.
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita dan tempatkan kita di syurga yang abadi.
.

Aamiin Ya Rabb .

#buatyangbaikbaik #cakapyangbaikbaik #fikiryangbaikbaik #tulisyangbaikbaik
#doayangbaikbaik

SAMPAH

Abaikan je yang selalu kutuk kau tu , bak kata omputih
" you are not designed for everyone to like you "

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Perihal rebah itu sudah lali.
Kadang sedikit langkah lagi untuk kau sampai ke puncak,
namun rebah di pertengahan jalan. Sakit!
.
Tetapi melihat yang lain bahagia,
kau juga mahu seperti itu,
malah kau tidak berputus asa untuk mulakan langkahan itu lagi.
.
Di akhirnya nanti,
Allah kurniakan juga bahagia buatmu.
.
Bahagia yang terlayak setelah berjuang sekian lama.
Sungguh! Itu akan menjadi detik terindah sekali. Percayalah!
.
Setelah hujan dan ribut petir yang melanda, pelangi akan tiba jua.
Sabarlah.♥😌


Thursday, October 18, 2018

AKU OKAY !

Pergilah kalau itu yang Kau mahu,
Aku akan selalu Doakan Kebahagiaan Kau.
Cukuplah setakat itu Aku merayu, rendahkan ego Aku.
Aku janji takan ganggu Kau lagi.
Semoga Kau akan temui seseorang yang lebih baik dari Aku.


HATI TAK TENANG

Kadang, hati kita tak tenang dan terus terusan terluka
sebab kita terlalu sukar untuk memaafkan.

Cuba perhatikan aliran air.

Apa jadi kalau sesuatu terkumpul dan bertakung terlalu lama?
Air tak dapat mengalir lancar, jadi keruh dan kotor.

Begitu juga hati.

Kita terlalu sukar untuk memaafkan,

dan benda tu jadi benci, jadi dendam dalam hati.

Maka, hati kita pun kotor , s

ebab kita tak dapat lihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan.

Itulah puncanya hati tak tenang..


🍃💕

STRONG

People weren't strong because they were angry,
they weren't strong because they were hurt.
They were strong because they were strong,
and you are too, beautiful people !


ISTIQOMAH

Bismillah.

Nak berubah tak perlu drastik,
tapi biarlah secara perlahan-lahan
dan paling utama istiqomah .
.

Apa itu istiqomah ?
Sikit² perlahan² tapi berkekalan hingga ke akhirnya. .

Benar, berubah tu tak mudah tapi jika kita bulatkan tekad kuatkan hati ,
In shaa Allah segalanya akan berjalan dengan baik.
Paling utama carilah Allah dalam setiap perjalanan kita.
.

Wednesday, October 17, 2018

MUHASABAH









Bismillah.
.

Andainya kita tidak suka atau bencikan seseorang , lebih baik kita diam dari terus membicarakan mengenai orang tersebut.
.

Andai tidak di ganggu, tidak perlulah kita mengganggu kehidupan mereka. Beri ruang dan peluang untuk mereka hidup bahagia, aman dan tenteram.
.

Dari terus membuang masa memperkatakan mengenai orang lain, lebih baik kita selidik dan bicarakan mengenai diri sendiri.
.

Bagaimana akhlak kita?
Bagaimana peribadi kita?
Berapa banyak amal yang kita buat selama hidup ini?
.

Itukan lebih baik. Muhasabah diri. Perbaiki diri. Mungkin tanpa sedar terlalu banyak lompang dalam hidup kita. Cari masa untuk penuhi apa yang kurang dengan kebaikan.
.

Hidup kita bukan selamanya di dunia. Kenapa bazirkan masa untuk fikirkan tentang orang lain yang tidak pernah mengacau kehidupan kita. Berhentilah, tidakkah kamu terasa penat dengan semua ini?
.

Tepuk dada tanya iman, sampai bila kamu mahu begini? Kematian bila-bila sahaja akan menjemput. Jadikan pengakhiran hidup kita khusnul khatimah.
.

Aamiin.

Muhasabah diri. Peringatan buat diri yang sentiasa lupa.

#tulisyangbaikbaik
#doayangbaikbaik 
#Cakapyangbaikbaik 
#fikiryangbaikbaik 
#buatyangbaikbaik

FOCUS

What's meant to be, will be.
Don't worry about the future too much.
Live in the present and make it beautiful.

Focus on what you're doing now.
Do your best, and let the future build itself.

KISAH ANTARA KITA

Mengapa terjadi
Oh pada diri ini
Haruskah ku meneruskan lagi
Kisah kita yang telah kita bina bersama
Kini telah hancur karena kau memilih dia

Ku tidak menyangkakan
Engkau seperti ini
Kau curangi diriku
Tanpa aku sedari

Bodohnya aku
Ku bisa mempercayakan kamu
Tanpa ku sedari 
Kau mempermainkan cintaku

Sayang 
Haruskah kau memperlakukan aku Sebegini
Apakah salah diriku ini terhadpmu
Sehingga engkau sanggup menduakan cintaku

Mungkin aku bukan yang terbaik buatmu
Ku terima apa yang kau lakukan padaku
Aku kesali dan berasa kecewa terhadap dirimu

Maafkan aku telah mengecewakanmu
Hati ini tak dapat merubahkan apa pun
Diri ini telah dimiliki tanpa ku sedari

Mungkin aku bukan yang terbaik buatmu
Ku terima apa yang kau lakukan padaku
Aku kesali dan berasa kecewa terhadap dirimu

Ku amat menyesali mengenali dirimu
Aku berjanji akan meneruskan
Hidupku tanpamu



Tuesday, October 16, 2018

MASA SILAM

 Jangan hina masa silam orang , 
 kerana belum tahu bagaimana masa depan kita sendiri. 

 Semua orang punya masa silam sendiri. 
 Kisah yang mungkin ingin di lupakan , 
 yang ingin di jadikan pengajaran untuk  
 bina hidup yang lebih baik pada masa akan datang. 

 Jangan ungkit , tapi bantu. . 

HIJRAH

Bismillah.

Hijrah itu tak mudah , hari ini kamu berubah esok kamu terus jadi alim . Bukan macam tu .
.

Tapi hijrah ini perjalanannya perlahan , teratur dan sungguh cantik . Kerana sentiasa di hiasi dengan onak dan duri . Kerana apa ? Kerana untuk mendapatkan Syurga yang nilainya sangat mahal .
.
.
Istiqomah itu yang penting . Berubah secara perlahan² tak perlu drastik yang penting kekal . Belajar kuatkan hati tempoh segala yang berlaku di hadapan . Bila ambil keputusan untuk berhijrah itu bermakna kita bersedia untuk berhadapan dengan segala dugaan dan cabaran yang mendatang .
.

Cakap memang mudah , tapi nak seiringkan dengan perlakuan bukan sesuatu yang senang . Kita mungkin tak baik , tapi itu tak bermakna kita tak boleh berusaha jadi yang terbaik .
.

Wallahu A'lam .

#doayangbaikbaik #buatyangbaikbaik #Cakapyangbaikbaik #fikiryangbaikbaik #tulisyangbaikbaik

Monday, October 15, 2018

LIFE MUST GO ON

Semua kisah itu indah..
Yang buruk itu adalah ketika
kisah Indah itu Berakhir
dengan Air Mata.
Bukan Air Mata Kebahagiaan
tetapi
Air mata Kesedihan..

💔😢

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...