Wednesday, October 24, 2018

AGAR KAU REDHA

Ada orang, penat berusaha.
Ikhlas sebenarnya.
Namun, akhirnya lelah.
Usaha yang diberi, tak dihargai.

Tak minta dipuji.
Jauh sekali disanjung.
Hanya sedikit penghargaan.
Ya, terima kasih bukanlah satu perkataan yang sukar untuk dieja,
apatah lagi menyebutnya.

Aku pernah nasihatkan,
Belajarlah menghargai.

Jangan nanti, bila dah mati,
Kaulah yang katakan paling rapat.
Aku ingatkan,
Kawan, jangan pernah jadi pelangi untuk mereka yang buta warna.

Sia sia, bahkan buang masa.

#AgarKauRedha

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...