Tuesday, October 9, 2018

Renungan Bersama

Kadang kita merasa org lain beruntung dan bahagia.
Tapi kita jarang sedar ada org melihat kita lebih beruntung. Ada org melihat kita lebih bahagia.
Ada org melihat kita lebih baik.
Setiap nikmat itu berbeza beza. Atas usaha dan kesungguhan masing masing.
Tetapi Allah tidak pernah lupa meletakkan bahagia dalam setiap Jiwa hambanya

--

Ada perkara yg kita tidak mahu ia berlaku. Tetapi kita terpaksa menerimanya.
Ada perkara yg kita tidak mahu tahu. Tetapi kita terpaksa mempelajarinya.
Dan Ada wajah yg kita tidak mahu berpisah. Tetapi kita terpaksa melepaskannya.
Siapalah Kita utk menentang TakdirNya.
Jika Keterpaksaan itu dapat Melatih dan mengajar tentang Redha.
Maka laluilah ia walau terpaksa.
Kadang kadang kita terpaksa berkorban Hati kita untuk menjaga perasaan orang lain.
Walau hati sendiri yang akan sakit.

--

Awak.
Dalam hidup ni, kita bukan perlu hadap hal hal yg happy dan membahagiakan saja tau.
Awak.
Tak semua bende yg awak nak akan jadi milik awak.
Awak.
Dalam perjalanan ini, Akan ada masa, naik turun tinggi dan rendahnya.
Awak.
Dengar sini.
Sulit seperti apa pun cerita awak, Tuhan tidak akan pernah lupa untuk selit kesenangan tu nanti.
Jadi awak, sabar sikit yaa ;)
Bertahanlah, kalau pon bukan utk org lain,
Tapi bertahanlah demu Tuhan.

--

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis.
Agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira dan ketawa.
Adakalanya kita perlu ketawa. Agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata.
Kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari.
Sesekali kita perlu merasa derita untuk mengenal erti bahagia.
Sesekali kita perlu merasa kecewa, untuk kita kenal erti duka.
Sesekali kita perlu menangis utk kita syukuri nikmat yg diberi.
Sesekali kita perlu rasa terhiris utk kita kenal erti luka.

--

Dalam Hidup.
Kita tak selalu dapat apa yg kita mahu.
Tapi bersyukurlah, kerana Allah beri apa yg kita perlu.
Meski sakit utk kita harung, Meski sukar utk kita tempuh,
Meski berat utk kita terima,  Meski pahit utk kita telan,
Kita kena hadap juga, kerna itu yang ditakdirkan Tuhan.
Dan itulah yg terbaik utk kita. Jangan mengeluh, jangan putus asa.
Berharap lah pada Tuhan, Kerana DIA yg memberi segala keteguhan dalam kehidupan.
Walau sukar utk melangkah, Usahalah utk terus gerak,
Kerana Berdiam memendam luka, tidak akan membuat hidupmu bahagia.

--

pijah_mohamad

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...