Tuesday, October 30, 2018

EGO UNTUK BERUBAH

 Ringan lidah berkata kau sudah berhijrah,  
 Namun kau masih tak tinggal amalan jahiliah. 

 Sungguh,  
 Mungkin mudah kau bermadah mengatakan hijrah itu tak susah, 
 Namun akhirnya, segala-galanya terpulang pada diri kau. 

 Kau punya pilihan, 
 Untuk terus kekal bersahabat dengan syaitan,  
 Atau terus bertatih menuju jalan Tuhan. 
 Tiada siapa kata mudah,  
 Langsung tak pernah kata tak susah, 
 Tetapi yang lebih terang adalah usaha kau. 

 Kawan, 
 Hijrah itu tidak dibentang karpet merah. 



 Mungkin mudah berbicara soal hijrah, 
 Tetapi keahuilah. 
 Hijrah itu tak semudah kiraan satu dua dan tiga, 
 Ianya lebih kepada keikhlasan hati menuju Tuhan yang Maha Esa. 

 Andai kau kenal akan niat kau apabila berhijrah, 
 Ianya mungkin mudah. 
 Tetapi andai niatkau masih samar-samar,  
 Kau akan terus dan terus mencari alasan untuk menangguhkan hijrah. 

 Kadang,  
 Bukannya hidayah belum sampai. 
 Tetapi kau sendiri yang menjadikan ego kau sebagai tembok penghalang antara hidayah dan hati   kau. 

 Tak perlu pandang orang lain, 
 Cukuplah bertanya pada cermin. 

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...