Thursday, October 11, 2018

Terluka

Kadang yang membuatkan luka itu makin parah dan berdarah,
bukan kerana terusan ditoreh oleh manusia.
Tapi kerana hati sendiri yang berterusan menggenggam luka.
Dan tak mahu melepaskannya.

Hidup ini terlalu banyak kenikmatannya.
Tapi terasa sempitnya kebahagiaan kerana hati terus memandang kedukaan yang kecil itu hingga dibutakan dengan kenikmatan yang lebih luas disekelilingnya.
Maafkan dan lupakanlah.

Walau kerap terluka. Yakinlah. Kebahagiaan itu ada dan akan selalu ada andainya hati kita Redha akan ujianNya

--

Pada hakikat nya kita tidak selalu kuat.
Kita tidak selalu tabah. Kita cuma memilih untuk tidak terlihat lemah dimata manusia.
Sedang dihadapan tuhan tanpa segan silu kita mengaku bahawa kita sudah sangat tidak mampu.

Dengan linangan air mata dan rintihan tanpa suara. Dan sekiranya manusia tahu apa yang kita lalui ,
maka meraka akan tertanya bagaimana kita mampu.
Dan mereka pasti akan mengerti kenapa kita begini.
Lalu mereka akan mensyukuri apa yang mereka miliki.

--

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...