Friday, October 12, 2018

PERTEMUAN

Bismillah .

Tiada istilah 'kebetulan' dalam pertemuan dengan seseorang ,
kerana semua itu sudah di 'takdirkan' oleh Allah Taala .
.

Belajar menghargai sebelum kehilangan walau hanya seketika .
Kerana manusia terbiasa menghargai setelah kehilangan .
Namun Allah punya perancangan yang lebih baik .
Manusia merancang , Allah juga merancang .
Jika manusia perancangannya dengan cita-cita ,
Allah pula mengatur segalanya dengan penuh rasa cinta terhadap hambaNYA .
.

Jadi setiap yang berlaku bukan sia-sia ,
sebaliknya Allah mahu kita belajar sesuatu dariNYA .
Pandanglah semua itu dengan mata hati ,
dari sudut hati yang paling dalam .
Makanya setiap yang kamu lalui pasti di iringi dengan
senyuman dan langkah penuh sabar .

#doayangbaikbaik #buatyangbaikbaik #Cakapyangbaikbaik #fikiryangbaikbaik #tulisyangbaikbaik


No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...