Friday, October 26, 2018

TERLEKA

Terlalu leka mengejar cinta,
Sehingga terlupa menggapai cita, 
harapan orang tua.

Sampai gila, dia bertaruh cinta.
Separuh nyawa, dia harapkan cinta.
Sampai mati, dia setia.
Sehingga lupa, definisi sebenar bahagia.

Ramai terleka,
terlelap lantas rebah terluka.
Dia tertipu, terpedaya dengan permainan syaitan durjana.

Fikirnya, ianya fitrah, biasa.
Sebenarnya, syaitan sedang ketawa, menang bahagia.

Kadang,
Kau mencari-cari bulan.
Memandang sekeliling, lama.
Namun tak jumpa.

Sedarlah.
Bulan itu ada.
Mungkin hilangnya bulan, terlindung dek matahari.

Redha.

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...