Wednesday, October 17, 2018

MUHASABAH









Bismillah.
.

Andainya kita tidak suka atau bencikan seseorang , lebih baik kita diam dari terus membicarakan mengenai orang tersebut.
.

Andai tidak di ganggu, tidak perlulah kita mengganggu kehidupan mereka. Beri ruang dan peluang untuk mereka hidup bahagia, aman dan tenteram.
.

Dari terus membuang masa memperkatakan mengenai orang lain, lebih baik kita selidik dan bicarakan mengenai diri sendiri.
.

Bagaimana akhlak kita?
Bagaimana peribadi kita?
Berapa banyak amal yang kita buat selama hidup ini?
.

Itukan lebih baik. Muhasabah diri. Perbaiki diri. Mungkin tanpa sedar terlalu banyak lompang dalam hidup kita. Cari masa untuk penuhi apa yang kurang dengan kebaikan.
.

Hidup kita bukan selamanya di dunia. Kenapa bazirkan masa untuk fikirkan tentang orang lain yang tidak pernah mengacau kehidupan kita. Berhentilah, tidakkah kamu terasa penat dengan semua ini?
.

Tepuk dada tanya iman, sampai bila kamu mahu begini? Kematian bila-bila sahaja akan menjemput. Jadikan pengakhiran hidup kita khusnul khatimah.
.

Aamiin.

Muhasabah diri. Peringatan buat diri yang sentiasa lupa.

#tulisyangbaikbaik
#doayangbaikbaik 
#Cakapyangbaikbaik 
#fikiryangbaikbaik 
#buatyangbaikbaik

No comments:

Post a Comment

SELEPAS HUJAN ADA PELANGI

Walau apa yang terjadi setiap hari dalam hidupmu  tetaplah bersyukur atas segala kurniaanNYA  kerana apa pun dosa dan maksiat yang kita la...